Pages

Thursday, October 10, 2013

Nota Sebelas : Marah.

Thursday, October 10, 2013

Aku penat mahu selalu marah dengan dunia.

Aku penat mahu selalu baca sakit hati manusia.

Aku penat mahu terus telah jiwa hati manusia.


Aku mahu buang semua.
Kerana yang aku peduli cuma tentang aku.

Tentang baju apa yang mahu kupakai.
Mahu mencari selesa atau pesona?

Tentang melangkah kaki, berjalan.
Mahu kukepit ayu,
Atau bergerak laju,
Tetap jua terlihat terkangkang.
Tetap mata lihat tak senang.

Tentang bersih muka aku.
Eh, hari ni ada jerawat baru!
Aaaah, malu.

Puas kulantunkan dalam minda,
puas sudah kutanam dalam jiwa,
persetan saja sama manusia,
apa mereka peduli apa kaurasa,
yang pedih jiwa hanya kausaja.

Tapi sukma masih tak lelah berontak.
Kau masih dalam dunia!
Mahu lari ke mana?
Berdirilah di dunia yang nyata!

Monday, December 3, 2012

Nota Sepuluh : Sesat.

Monday, December 3, 2012

Jangan ditanya siapa aku,
kerana tidak aku tahu jawabnya.

Tapi jika ditanya di mana aku,

Jawab cuma satu.
Aku kesesatan menempuh alam fana.

Saturday, May 5, 2012

Nota Sembilan ; Bisik Pada Pilu.

Saturday, May 5, 2012

Menyimpan curang.
Membunuh dalam diam.
Resah bertandang.
Tenang tak datang.

Ribut.

Ini bukan amarah, ini rasa mengarang gundah.
Apakah salah?

Lurus. Tetap tak bertemu. Keliru.

Dan mampukah aku bertamu di kantung kasih-Mu?
Dan mampukah aku padam rindu lewat di hatiku?

Dan cerita pada aku
Tentang kasih tak terhinggap.

Hati yang terbuang.
Rindu yang menyimpang.
Kisah tak berulang.
Irama yang tak berdendang.

Sayang telah terenggang.

Monday, February 27, 2012

Cerpen ; Cinta Pertama.

Monday, February 27, 2012
"Itu aiskrim aku la! Bagi balik!" Rina memecah hening petang di padang sekolah yang sunyi. Angin bertiup menarikan lembut pohon akasia yang bersusun di tepi padang. Rina memandang lelaki di hadapannya, geram. Diketap bibirnya lalu cuba untuk merampas aiskrim di tangan lawannya itu.

"Aku kata bagi balik, bagi balik lah!" Sekali lagi dijeritnya sekuat hati. Seekor burung di perdu pokok tiba-tiba terbang selepas melepaskan lelah kira. Kaget tersergah suara dalam hening hampir senja.

"Kau tengok! Burung pun takut dengan engkau. Cubalah bawa bersabar sedikit. Jangan asyik hendak marah sahaja. Padanlah tak ada orang nak." Shidi menempelak Rina.

"Engkau! Ah, sudahlah! Aku nak balik! Engkau ambiklah aiskrim 20 sen tu. Kesian aku tengok, 20 sen pun tak mampu!" Cepat-cepat Rina mengatur langkah. Langkah dibuka besar-besar, dihentak-hentak ke tanah. Protes. Tanpa sedar, ada titis-titis air mata jatuh ke bumi. Cepat-cepat Rina pergi sambil menyeka air matanya. Terdengar suara lantang Shidi memanggil dari belakang, namun Rina buat-buat tidak dengar. Dia benci.

"Kau tidak tahu." Rina lari. Takut terduga hati.

Nota Lapan ; Merajuk Dengan Dunia, Ke mana Berlari?

I

Kita bertelingkah dalam amarah
Membabikan yang buta, membutakan yang tuli.

Kita meredah padatnya dunia
Dalam kecanduan prasangka
Dalam kebejatan cetek emosi
Ilmu terpinggir hanya di bibir
Tidak lagi beraja di tangan dan kaki.

Jauh di hati.

Sesatnya akal.
Sesatlah diri.


II

Kita rasa takutnya mati.
Tapi candu dunia tertanam teguh, pasti
Terpaksi dalam zarah halus
Sebentuk daging bernama hati.

Saturday, October 29, 2011

Nota Tujuh ; Rindu Semalam.

Saturday, October 29, 2011
Rindu semalam.
Kau mencari jejak rindu yang sudah hilang disapu waktu.

Rindu semalam.
Aku masih teraba mencari erti cinta yang meruntun tangkai jiwa yang mati.

Masih.
Rindu semalam.
Rindu kau pada cinta palsu?

Atau rindu kau pada aku?

Peluk waktu itu, dakap dengan erat.
Tetap, tak mampu kau kejar bayang aku.

Rindu semalam sudah hilang.
Dibatas waktu.

Saturday, August 13, 2011

Nota Enam ; Menjamah rasa

Saturday, August 13, 2011
Punya lagu yang bersenandung
Punya puisi yang mendedikasi
Punya nada yang berirama
Semua punya satu rasa

Pada satu arena.


Gelanggang pencak terbuka.
Tumbuk satu hati biar rosak saraf diri.
Biar jatuh dalam juang menahan rasa.


Jatuh.
Jangan dibiar jatuh.

Namun tanpa sedar, dalam juang kau kalah.

Rindu sudah terjamah, batin sudah terjarah.