Pages

Monday, February 27, 2012

Cerpen ; Cinta Pertama.

Monday, February 27, 2012
"Itu aiskrim aku la! Bagi balik!" Rina memecah hening petang di padang sekolah yang sunyi. Angin bertiup menarikan lembut pohon akasia yang bersusun di tepi padang. Rina memandang lelaki di hadapannya, geram. Diketap bibirnya lalu cuba untuk merampas aiskrim di tangan lawannya itu.

"Aku kata bagi balik, bagi balik lah!" Sekali lagi dijeritnya sekuat hati. Seekor burung di perdu pokok tiba-tiba terbang selepas melepaskan lelah kira. Kaget tersergah suara dalam hening hampir senja.

"Kau tengok! Burung pun takut dengan engkau. Cubalah bawa bersabar sedikit. Jangan asyik hendak marah sahaja. Padanlah tak ada orang nak." Shidi menempelak Rina.

"Engkau! Ah, sudahlah! Aku nak balik! Engkau ambiklah aiskrim 20 sen tu. Kesian aku tengok, 20 sen pun tak mampu!" Cepat-cepat Rina mengatur langkah. Langkah dibuka besar-besar, dihentak-hentak ke tanah. Protes. Tanpa sedar, ada titis-titis air mata jatuh ke bumi. Cepat-cepat Rina pergi sambil menyeka air matanya. Terdengar suara lantang Shidi memanggil dari belakang, namun Rina buat-buat tidak dengar. Dia benci.

"Kau tidak tahu." Rina lari. Takut terduga hati.

No comments: